Tuesday, 8 July 2014


Ini adalah realiti yang tidak boleh disangkal semua orang – ramai artis veteran hanya disanjung tinggi selepas pemergian buat selama-lamanya bertemu kematian.

Penyanyi biduanita negara, Sharifah Aini Syed Jaafar yang mesra digelar Kak Pah juga tidak terkecuali.

Namun apa yang berbeza selepas Kak Pah tiada lagi, bukan bakat seninya sahaja yang disebut-sebut tetapi juga amalan arwah ketika hayat yang amat hebat.

Subhanallah.. walau pun Kak Pah pernah dipandang serong ketika hidup kerana beberapa isu melibatkan keluarga dan penyanyi terkenal yang tidak perlu diungkit lagi, pemergiannya pada bulan mulia 7 Ramadan membawa pergi semua cerita tak baik.

Apa yang disebut-sebut kini adalah kebaikan hati arwah memelihara ramai anak yatim bagai anak sendiri dan dihantar belajar menjadi tahfiz.

Satu-satunya cahaya mata Kak Pah, Aliff Omar juga membuktikan kejayaannya mendidik anak hingga mampu mengimamkan solat jenazah ibu sendiri.




Status Facebook di bawah pula membuktikan lagi amalan arwah yang amat mulia iaitu menghantar ahli keluarga dan orang-orang gajinya mengerjakan haji di Mekah.



Bagi kami ini bukan soal riak atau menunjuk-nunjuk kerana kebaikan arwah hanya tersebar selepas ketiadaannya.

Dari segi lain, ini memberi pengajaran kepada kita kebenaran hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Wallahua’lam. – REM RAMZI
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!