Wednesday, 16 July 2014



Kini, wanita yang dikenali sebagai Kiki Kamaruddin sedang diserang bertubi-tubi di laman sosial di Facebook, Twitter dan juga YouTube.

Di twitter, kisah Kiki juga sedang trending atau popular di Twitter Malaysia dengan tweet menggunakan hashtag #CDM25 sudah pun mencecah 127,000 tweet.

Semalam, Kiki dirakam mengamuk dengan teruk ke atas seorang lelaki warga emas di Kuantan termasuk memukul kereta lelaki itu dengan menggunakan pengunci stereng.

Lelaki berkenaan, Sim Siak Hong, 67 tahun yang merupakan seorang pesara pada mulanya terlanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta Kiki sehingga membuatnya mengamuk sakan.

Kini, selepas mengakui bahawa perbuatannya itu terlanjur dan tidak sesuai, barulah Kiki beriya-iya meminta semua pihak yang mempunyai rakaman aksi berkenaan agar memadamkannya.

“Saya sudah membaca semua tweet berkenaan, saya terima kritikan anda dan saya mengaku saya salah.


“Ada ketikanya kita harus belajar memaafkan orang lain, saya mahu orang ramai memadamkan video berkenaan.

“Tolong hormati privasi saya dan cuba bayangkan jika keadaan yang sama berlaku kepada keluarga anda,” katanya meminta belas orang ramai.

Bagi pengguna laman sosial dan juga laman portal berita, pastinya permintaan Kiki tidak akan dilayan sebaliknya video berkenaan ketika ini masih lagi rancak dikongsikan antara pengguna Facebook.

Rata-rata komen yang diberikan mereka ialah, Kiki sepatutnya bersedia menerima akibat apabila mengamuk dengan cara yang melampau sebegitu di khalayak ramai, pada mereka, ‘berani buat berani tanggung,”.

Ada juga yang menempelak Kiki, tidak berfikir dahulu sebelum bertindak melulu mengherdik Sim dengan kata-kata kesat dan juga mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman. Orang ramai pula tidak mahu memadamkan video berkenaan sebagai satu pengajaran kepada Kiki agar tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila berdepan situasi sama kemungkinan nanti.
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!