Thursday, 17 July 2014




DENGAN adanya medium sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang mampu menyalurkan maklumat sepantas kilat, ramai di kalangan kita yang begitu mudah berkongsi cerita tertentu biarpun belum dibuktikan kesahihannya.

Akibatnya, ada pihak yang menjadi mangsa fitnah gara-gara perbuatan sebegini.

Terbaru, seorang pemilik kereta telah dikutuk dan dimaki oleh pengguna Facebook hanya kerana dua keping gambar yang tidak diketahui maklumatnya.



Gambar itu menunjukkan lelaki yang memandu kereta tersebut menyeret seekor kucing di atas jalan.

Justeru, ramai menyangka pemiliknya melakukan penderaan ke atas haiwan tersebut.




Rupa-rupanya, kereta itu dipandu oleh mekanik yang sedang membaiki kenderaan itu dan ia dijelaskan sendiri oleh pemiliknya menerusi akaun Facebook.

Alkisahnya, seekor kucing telah mati di hadapan bengkelnya dan dia mengambil keputusan untuk mengalihkan bangkai kucing tersebut.

Memandangkan kepala kucing tersebut pecah dan berbau busuk, mekanik tersebut memandu sambil memegang kucing tersebut di luar keretanya.



Ha, tak pasal-pasal jadi fitnah, walhal niatnya baik…



Kesimpulannya, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan dengan hanya melihat gambar, sebaliknya cuba cari maklumat terlebih dahulu sebelum berkongsi di akaun sosial ya!

Oleh: ELZA
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!