Gaza – Sekeping gambar yang memaparkan seorang kanak-kanak budak Palestin memegang baju seorang anggota paramedik, bisa meruntun hati mereka yang menyaksikannya.
Tanpa baju dan luka di muka dan seluruh badannya, kanak-kanak itu berpaut pada pekerja hospital yang mahu membaringkan dia di atas katil.
“Saya mahu ayah, bawa ayah,’’ itu tangisan kanak-kanak berkenaan selepas diselamatkan akibat serangan zionis.
Kanak-kanak itu mempunyai empat adik-beradik beradik dan dibawa ke hospital al- Shifa di Gaza akibat kecederaan.
Angka korban penduduk Palestin akibat kekejaman zionis kini sudah mencecah 508 orang dengan kebanyakannya adalah penduduk awam.
Pelan rundingan damai juga gagal dilaksanakan.
0 comments:
Post a Comment