Tuesday, 15 July 2014



Tahniah diucapkan kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan yang selamat menimang cahaya mata pertamanya, petang semalam.

Bayi lelaki hasil perkongsian hidup Saiful dan isteri, Nik Suryani Megat Deraman yang dilahirkan jam 5.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur itu diberi nama Yusuf Bukhari.

Saiful turut berkongsi kegembiraan hatinya menerusi status Facebook berbunyi:

“Alhamdulillah, isteri saya Sue Megat Deraman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama kami. Syukur Ya Allah atas kurniaan dan rezeki yang diberi. Hadiah hari lahir paling bermakna. Selamat Datang Anakandaku Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari.”



Saiful Bukhari yang dikenali kerana kes liwatnya dengan ketua pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV3, Nik Suryani pada 25 Mei 2013.


Oleh: REM RAMZI
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!