Pelakon yang bakal bergelar bapa, Fizz Fairuz kembali menjadi topik hangat apabila dia dikatakan gagal melunaskan wang pinjaman sebanyak RM15,000!
Banyak tu..
Siapa tak sakit hati, kalau dah pandai pinjam, pandailah pulak bayar balik kan..
Seorang usahawan, Linda yang juga rakan kepada Fizz terpaksa melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis selepas aktor itu dilihat berdolak-dalik apabila diminta menjelaskan jumlah wang yang dipinjam.
Linda menjelaskan perkara tersebut kepada Harian Metro, “nampaknya saya terpaksa membuat laporan polis dan mendedahkan perangai dia pada media sebab dah lama saya bertolak-ansur. Tapi, dia memberi alasan dan mengelak daripada melunaskan hutangnya”.
“Bagi saya mudah saja, tak perlu ubah-ubah cakap dan canang itu dan ini di merata tempat. Sekarang, bayar saja semula hutang saya.
“Dia berjanji untuk bayar semula antara April hingga Jun lalu, tapi hingga kini, dia mendiamkan diri dan mengelak,” jelasnya lagi.
Difahamkan, suami Almy Nadia ini meminjam RM15,000 daripada Linda akhir Oktober tahun lalu dengan memberikan alasan membuat pengubahsuaian rumah ibunya di Raub, Pahang.
Disebabkan memahami kesempitan yang dialami Fizz, Linda bersetuju meminjamkan wang tersebut.
Sementara itu, Fizz yang dihubungi enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu dan enggan melayan dakwaan wanita terbabit.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment