MELAKA – Pasar Malam Jonker Walk akan terus beroperasi dan kerajaan negeri akan terus menjadikan laluan warisan itu sebagai destinasi pelancongan utama di negara ini.
Itu adalah janji yang dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron kepada sekumpulan peniaga pasar malam semasa mesyuarat di kediaman rasminya, Seri Bendahara, pada Jumaat.
Idris berkata kerajaan negeri komited untuk menjadikan Jonker Walk sebagai destinasi pelancongan menarik di Malaysia namun pada masa sama mahu meningkatkan aspek kebersihan dan keselamatan.
“Kita tidak akan menutup Jonker Walk seperti spekulasi yang dibuat oleh pihak tertentu malah kerajaan negeri akan membantu peniaga-peniaga.
“Ini termasuk kepada sistem di mana mereka hanya perlu memperbaharui lesen perniagaan setiap tahun dan bukan sekali dalam tiga bulan,” katanya.
Sejak Jun tahun lalu, terdapat kebimbangan di kalangan 200 peniaga bahawa kerajaan negeri mungkin menutup Jonker Walk. – mStar
0 comments:
Post a Comment