Saturday, 26 July 2014




Suami kepada pegawai AmBank, Norazita Abu Talib yang maut ditembak, Irwan Kamaruddin tidak menafikan fikirannya sedikit bercelaru untuk menyambut lebaran kali ini.

Memetik Bernama, “tidak dapat dinafikan fikiran saya sering bercelaru untuk menyambut Hari Raya ini kerana buat pertama kalinya saya terpaksa mengurus semua persiapan untuk anak-anak”.

Norazita maut akibat ditembak pengawal keselamatan bank tempatnya bertugas di Subang Jaya pada 23 Oktober tahun lalu.

Menurutnya lagi, kedua-dua anaknya, Nurnisa Nabila, 13, dan Muhammad Hazimi, 9, juga tidak ada mood untuk menyambut Aidilfitri kali ini memandangkan pertama kali beraya tanpa ibu mereka.

“Sambutan Aidilfitri kali ini lebih sunyi dan tiada keceriaan tanpa isteri saya di sisi, anak saya seperti tidak ada mood untuk menyambutnya.

“Mereka tidak tanya kepada saya soal untuk memiliki baju raya yang baharu, anak saya Nurnisa cakap pakai apa sahaja yang ada,” katanya.
Mangsa, yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek yang juga seorang pengawal keselamatan di bank itu.
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!