Apabila berlaku tragedi seperti nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh hingga mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, pihak paling sedih tentulah ahli keluarga mangsa.
Salah seorang mangsa terlibat adalah Pembantu Juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi – seorang suami dan bapa kepada anak yang masih kecil.
Di atas adalah wajah comel anak Allahyarham Ahmad Hakimi yang masih belum mengerti bahawa hidupnya kini sudah bergelar anak yatim apabila bapanya disahkan salah seorang yang meninggal dunia dalam tragedi semalam.
Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat bapanya dan kesemua mangsa nahas MH17 yang beragama Islam.
Kepada semua keluarga mangsa, semoga mereka diberikan ketabahan menempuh dugaan hebat ini.
Oleh: REM RAMZI
Sumber: Facebook This Is Kelate – Pasir Mas
0 comments:
Post a Comment