Kecoh seketika dunia siber di Malaysia apabila tersebar sebuah berita yang melaporkan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sharufuddin telah murtad dan menukar agamanya dari Islam kepada Katolik.
Berita amat sensitif itu dilaporkan oleh sebuah laman web World News Daily Report dan ia sudah pun tersebar di laman Facebook dan media sosial lain.
Jangan cepat percaya pada fitnah puak kafir begini. Hasil pemeriksaan lanjut laman web berkenaan sebenarnya merupakan sebuah laman web yang memang diwujudkan untuk membuat berita-berita palsu untuk tujuan hiburan.
Percubaan Mynewshub.my untuk mengakses laman web berkenaan gagal.
Menerusi laporan portal The Malaysian Insider (TMI), laman web itu dikatakan beroperasi dari Tel Aviv di Israel dan merupakan laman web dikendalikan oleh Yahudi dan orang dari Amerika Syarikat.
Selain tajuk mengejutkan berkaitan Tengku Amir Shah, laman web itu kerap membuat laporan yang begitu merepek tajuk-tajuknya.
Antara laporan yang pernah dihasilkan oleh laman web itu ialah “Lelaki Bengali Mengandung Anak Kembar” dan “Lelaki Mencuri 32 Tan Daging Salai Babi”.
Ada di antaranya pernah dipetik laman web portal berita lain.
Pada satu laporan semalam, World News Daily melaporkan bahawa waris tunggal Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir telah menggemparkan masyarakat Islam seluruh dunia.
“Raja Muda negeri Selangor di Malaysia, telah meninggalkan kesemua hartanya dan peluangnya untuk menjadi Sultan di negerinya apabila mengikut kata hatinya untuk mengahwini seorang model terkemuka Sepanyol Cristina Gomez, 16,” menurut laporan itu.
Pemeriksaan online mendapati tiada langsung nama model Sepanyol seperti itu dan mereka juga meletakkan umur Tengku Amir secara salah iaitu 21 padahal baginda berusia 23 tahun.
Laporan fitnah itu turut mendakwa, proses mengkristiankan baginda dilakukan di Gereja Santa Maria dalam minggu ini di Braga, Portugal.
Ia dengan pantas mengundang kritikan kepada baginda oleh umat Islam lain.
Menurut laporan itu lagi, pasangan baginda dan Crsitina kononnya akan berkahwin dalam bulan ini juga di Gereja San Marco di bandar romantik di Venice dan tidak mendedahkan di mana akan menghabiskan bulan madu mereka.
Pemeriksaan oleh TMI lagi mendapati di ruangan ‘Tentang Kami’ laman web itu, ia menyebut ia merupakan sebuah laman web Amerika Yahudi dan Zionis berpangkalan di Tel Aviv dan melaporkan berita-berita menari dan misteri dari seluruh dunia.
“Pasukan kami disusun terdiri daripada wartawan yang pernah memenangi anugerah dari agama Kristian, Islam dan Yahudi, ejen risikan Israel Mossad yang sudah bersara dan juga anggota tentera Israel yang sudah bersara.
“Kami beroperasi dari Tel Aviv sejak 1988 dan telah menerbitkan lebih 200,000 salinan akhbar Daily Report setiap hari.
“Terima kasih atas minat anda berkaitan akhar ini,” kata laman web berkenaan.
Di laman web itu turut tertera kata-kata “World News Daily Report ialah penerbitan berita dan satira politik, yang mungkin menggunakan nama sebenar atau tidak, dan juga berita yang hampir benar atau tidak benar langsung.
“Semua berita yang dilaporkan dalam laman web ini adalah berunsur fiksyen, palsu. Sebarang kaitan dengan kebenaran adalah secara kebetulan,” kata laman web itu.
Oleh : KUMBANG WIRA
0 comments:
Post a Comment