Tuesday, 22 July 2014



Salah seorang mangsa nahas pesawat MAS MH17 adalah pramugara, Shaikh Mohd Noor.

Pemergiannya meninggalkan impak yang besar kepada keluarga apatah lagi allahyarham sempat menitipkan suara menyanyikan lagu Dendang Perantau sebagai kenangan terakhir.

Sudah pasti, suaranya mendendangkan lagu raya yang tidak sempat diraikan pada tahun ini akan menjadi kenangan paling bermakna buat semua individu yang rapat dan mengenali allahyarham.


Menurut adik allahyarham, Siti Noradziah kepada akhbar Sinar Harian abangnya itu sempat berkongsikan suaranya itu kepada mereka adik beradik menerusi aplikasi mesej WhatsApp sebelum berlepas ke Amsterdam untuk bertugas tempoh hari.

Manakala 14 Julai lalu, allahyarham turut mengirim suaranya menyanyikan lagu Happy Birthday sempena ulang tahun kelahiran ibu mereka.

Di bawah adalah suara allahyarham Shaikh Mohd Noor mendengangkan lagu Dendang Perantau.

Kami mohon, sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah kepadanya yang terkorban ketika sedang berkhidmat. 



Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!