Bagi yang menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia antara Perancis dan Jerman tengah malam tadi, pasti ada yang perasan bahawa Jalur Gemilang tiba-tiba berkibar megah di tengah perlawanan.
Dipercayai, bendera tersebut dikibarkan oleh rakyat Malaysia penyokong pasukan Jerman yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Rio De Jeneiro.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 berpihak pada Jerman.
Apa pun, Mynewshub memang salut dengan penyokong yang memiliki semangat kebangsaan meskipun berada di tempat asing. Contohnya macam brader di bawah ini yang turut membawa Jalur Gemilang bersamanya ke Brazil.
Mudah-mudahan, pasukan Malaysia pun akan berjaya memasuki Piala Dunia satu hari nanti dan waktu itu kita dapat lihat rakyat negara lain turut mengibarkan Jalur Gemilang tanda sokongan.
Oleh: REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment