Malang memang tak berbau tapi kejadian dalam video di bawah boleh dikira rare.
Sebuah kereta jenis Perodua MyVi dirakam tergelincir dari platform lalu terbalik ke lantai sewaktu sedang diservis.
Dapat dilihat, para pekerja kelam kabut datang mungkin selepas mendengar bunyi dentuman tapi malangnya nasi sudah jadi bubur.
Tak tahulah macam mana agaknya pekerja terlibat nak bagi penjelasan pada pemilik kereta yang sedang menunggu keretanya diservis tu.
Bayangkan pula perasaan pemilik kereta itu – datang konon nak kasi kereta tip top tapi lagi melingkup.
0 comments:
Post a Comment