Monday, 14 July 2014



PENNSYLVANIA – Kegagalan pintu van jenazah berfungsi dengan baik menyebabkan satu mayat yang diletakkan atas pengusung beroda terkeluar dari kenderaan itu sebelum menggelungsur di tengah jalan raya.

Laporan media semalam menyatakan kejadian berlaku berdekatan kompleks beli-belah Feasterville, kelmarin.

Gambar disiarkan laman sesawang berita dalam talian menunjukkan mayat berbalut kain putih berada betul-betul di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.

Namun mayat itu mungkin bernasib baik kerana tiada mana-mana kenderaan melanggarnya.

Menurut Pejabat Koroner Bucks County, pemandu van menyedari pintu belakang kenderaannya terbuka lalu menyelamatkan mayat berkenaan.

Pihak pengurusan mayat pula meminta maaf kepada waris si mati dan menyatakan kekesalan atas kejadian yang tidak diduga itu.


Seorang pejalan kaki yang melintas di jalan raya pula menganggap itu sebagai satu usikan dan menganggap ia “perkara paling aneh” yang pernah berlaku. – AP
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!