Kecewa kerana Brazil kalah dalam keadaan memalukan, seorang remaja perempuan dari Nepal membunuh diri dengan menggantung diri di dalam bilik tidurnya sehingga mati semalam.
Pada perlawanan peringkat separuh akhir itu, Brazil iaitu tuan rumah Piala Dunia FIFA 2014 tumbang kepada Jerman 1-7 disaksikan jutaan peminat pasukan Samba itu di seluruh dunia, memetik laporan laman web India Today.
Tidak terkecuali, Pragya Thapa, 15, yang ditemui mati tergandung dan dia turut meninggalkan nota bunuh diri namun laporan media tidak mendedahkan isi kandungan nota itu.
Menurut sumber dari ahli keluarganya, Pragya menonton perlawanan itu bersama ahli keluarganya dan rakan-rakan sehingga Brazil bolos gol keempat.
Dia kemudian masuk ke bilik tidurnya selepas diejek kawan-kawannya.
Lebih memilukan, apabila ibunya sendiri bersama kakaknya menyertai kawannya untuk mengejeknya dan menyokong pasukan Jerman.
“Dia sangat teruja hendak lihat Brazil masuk akhir tetapi kalah kepada Jerman. Beberapa orang kawannya mengejek dia kerana menyokong Brazil. Pada sebelah pagi, dia nekad gantung diri di biliknya,” kata Inspektor Polis Nepal Sharad Thapa selepas melakukan siasatan awal.
Menurut polis, bapa perempuan itu bekerja di sebuah negara teluk dan dia dijaga oleh datuk dan neneknya.
Oleh : IKA
0 comments:
Post a Comment