Tuesday, 1 July 2014




Gambar pegang tangan antara Nora Danish dan Farid Kamil yang menimbulkan kemarahan Diana Danielle. – Foto mStar

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menyifatkan kejadian memuat naik foto dia memegang tangan Farid Kamil di Instagtam bagi mempromosikan filem Pengantin Malam sehingga membuatkan isteri aktor itu menegurnya menjadi satu pengajaran.


Foto ihsan mStar


Nora, 32 berkata, keadaan itu juga akan membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang agar tidak melukakan mana-mana pihak.

“Kalau boleh saya enggan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu ini sebab takut apa yang saya komen akan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang.

“Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.

Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.

Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Sementara itu, dia mengakui sejak akhir-akhir ini dia sering menjadi bahan kontroversi bertimpa-timpa namun menganggap ia sebagai satu dugaan buatnya.

“Bagi saya perkara ini sudah menjadi lumrah dalam dunia seni dan saya harus terima perkara itu sebagai dugaan pada diri.

“Bagaimanapun saya ada keluarga untuk memberi semangat pada saya. Mungkin orang nampak saya seorang yang kuat tetapi sebagai wanita, hati saya mudah terguris dengan isu-isu negatif seperti ini,” jelasnya.

Terdahulu, bekas suami Nora iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai dalam Instagram miliknya pada Khamis meminta orang ramai tidak mengaitkan isterinya iaitu Fasha Sandha terhadap keruntuhan rumahtangganya yang dibina dengan Nora. mStar
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!