NIAT murni seorang penduduk di Sing Avenue, Singapura, meletakkan televisyennya di luar rumah bagi memberi peluang kepada pekerja asing menonton perlawanan Piala Dunia terpaksa dihentikan atas arahan pihak polis.
Rooban Kanth, 26, diarahkan berbuat demikian atas alasan faktor keselamatan.
Bermula dengan tujuh orang, jumlah penonton di luar rumahnya meningkat sehingga 70 orang selepas beberapa hari.
Jumlah itu termasuklah penduduk tempatan yang tidak melanggan saluran sukan dan mengambil peluang menonton di luar rumah Rooban.
Ramai yang menyifatkan perbuatannya sebagai sesuatu yang cukup baik kerana sudi berkongsi keseronokan dan kemeriahan Piala Dunia kepada semua pihak.
Bagaimanapun, Rooban akur dengan arahan pihak polis dan menganggap mereka sudah memberi penjelasan yang baik kepadanya.
Oleh: ELZA
(Sumber: The Real Singapore)
0 comments:
Post a Comment