Wednesday, 2 July 2014



Tak dapat dinafikan, dunia ini bukan diciptakan Allah SWT untuk manusia semata-mata.

Sebaliknya kita berkongsi dengan makhluk-makhluk Allah lain. Sesetengahnya berada di alam ghaib di mana pengetahuan kita tentangnya amat terbatas.

Namun sesekali, manusia akan dapat melihat tanda-tanda kewujudan makhluk ghaib ini tanpa disengajakan.

Contohnya dalam sekeping gambar yang dikongsikan di laman Oh! Media, dapat dilihat satu kepala misteri terjengul di dalam keretapi lama yang dijadikan lokasi penggambaran sepasang pengantin baru.



Kehadiran entiti ini disedari sendiri oleh pengantin tersebut selepas meneliti gambar yang diambil di telefon pintar.


Entiti misteri tersebut menjadi persoalan memandangkan gambar diambil oleh jurugambar dan pembantunya manakala mereka hanya berempat di lokasi yang terletak di Gemas, Negeri Sembilan ketika kejadian.

Difahamkan, gambar diambil sekitar maghrib yang sering dikaitkan dengan waktu makhluk halus berkeliaran. Dapat dilihat dengan jelas, makhluk itu kelihatan sedang mengintai penuh minat apa yang dilakukan oleh manusia.



Secara tak langsung ia mengingatkan kepada kes lebih kurang serupa iaitu ‘pemerhati misteri’ dalam kejadian kemalangan di LPT, baru-baru ini.

Oleh: REM RAMZI
Sumber: Ohmedia.my
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!