KUALA LUMPUR – Serangan udara tentera Israel ke atas orang awam Palestin sejak beberapa hari lalu membuktikan kebenaran al-Quran yang menyebut tentang perangai dan sikap kaum Yahudi selama ini.
Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, serangan terbaru ke atas Palestin itu menunjukkan sikap zalim Israel.
“Serangan dan kezaliman itu membuktikan kebenaran al-Quran yang menceritakan perangai dan sikap mereka sejak dahulu hingga hari kiamat.
“IKRAM menyeru semua negara di dunia ini menggunakan kedudukan dan pengaruh masing-masing bagi memberi tekanan ke atas pihak rejim Israel sehingga mereka memberhentikan segera kezaliman itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasanuddin berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin.
Sehubungan itu, beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyokong hak rakyat Palestin dan akan memberi dan bantuan kepada rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
Katanya, IKRAM turut menyambut baik seruan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar ahli-ahlinya membaca doa Qunut Nazilah pada malam-malam tarawih.
Najib yang juga Presiden UMNO semalam menegaskan, UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel dalam serangan terbaharu di Gaza.
Perdana Menteri berkata, serangan tersebut telah mengakibatkan ramai orang awam terkorban. Beliau memberitahu, parti itu sentiasa berdiri teguh di sebalik perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak mereka.
0 comments:
Post a Comment