Wednesday, 13 August 2014



NIBONG TEBAL – Polis mengesahkan menyiasat seorang pelajar tingkatan lima mengikut Akta Hasutan 1948 berikutan tindakannya yang dikatakan menyukai negara Israel.

Pelajar yang mendakwa tidak menekan butang ‘ Like’ I Love Israel di laman sosial
Facebook sehingga menimbulkan kontroversi di kalangan warga sekolahnya sudah membuat laporan polis, kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah merakamkan keterangan pelajar dan seorang guru berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, di sini. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!