Saturday, 23 August 2014



KANGAR – Akibat menyembunyikan dan membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 4 Mei lalu, seorang mekanik Muhammad Bukhari Mohamad dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh jatuh hukuman.

Majistret Norhayati Ibrahim turut mengenakan denda sebanyak RM2,000 kepada Muhammad Bukhari, 27, dan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas meneliti fakta kes, gambar-gambar tempat kejadian serta gambar bedah siasat.


Mengikut pertuduhan kes, tertuduh telah secara rahsia membuang mayat seorang bayi tertentu sama ada bayi tersebut mati sebelum atau selepas atau semasa dilahirkan dengan sengaja menyembunyikan kelahiran bayi tersebut.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 4 Mei 2014 kira-kira jam 4 pagi di Kampung Kuala Tunggang Jalan Padang Siding Pauh, Arau, dekat sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Muhammad Bukhari yang tidak diwakili peguam merayu supaya hukuman diringankan kerana hanya bekerja sebagai mekanik selain sudah berkahwin dengan wanita tersebut. Pendakwaan dilakukan oleh Ketua Unit Pendakwaan, Badius Zaman Ahmad.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!