Seremban – Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan.
Ketibaan jenazah kira-kira jam 12.40 tengah hari turut diiringi ahli keluarga termasuk bapa, Mustafa Abdul Samad, 83, suami, Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10.
Sebaik tiba, jenazah Mastura diusung anggota tentera 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Senawang dan Kem Rasah.
Jenazah Mastura akan disembahyangkan selepas solat Jumaat dengan lebih 2,000 jemaah yang turut hadir.
0 comments:
Post a Comment