SETUJUKAH anda jika kami katakan penyanyi Alyah sebenarnya tidak mahu lagi menyembunyikan statusnya sebagai isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS?
(BACA: Datuk Ramli MS Dan Alyah Sudah Nikah Lebih Setahun!)
Kalau dinilai kenyataan demi kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh kedua-duanya sebelum ini, dia dilihat tidak menafikan gosip yang melanda dirinya pada ketika itu dan kerap meminta agar media bertanyakan kepada ‘pihak sebelah’ sana.
Berbeza dengan Ramli yang secara terang-terangan membuat penafian mengenai status mereka sehinggalah episod ‘lawatan’ Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke kediamannya baru-baru, ini.
Tidak lama selepas itu, Alyah telah menggunakan foto dirinya bersama Ramli sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp, memetik laporan Berita Harian.
Lebih menarik, dia turut mengemaskini statusnya yang berbunyi: ‘Aku gantungkan semua kepadamu’.
Ia seolah-olah luahan perasaannya kepada Ramli yang mungkin menggambarkan harapannya supaya suaminya itu berterus-terang mengenai perkahwinan mereka.
Apapun, kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai pasangan ini yang bakal menyerahkan dokumen pernikahan mereka ke pejabat JAIS pada Selasa depan.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment