Monday, 18 August 2014




Bekas Isteri Nedim, Akhirnya “BUKA MULUT” – Isu Nora Danish Rampas Suami | Pelakon Nora Danish dituduh sebagai perampas suami orang. Mungkin masih ada yang tak tahu bahawa kekasih Nora sekarang iaitu Nedim pernah berkahwin dan memilki seorang anak dipanggil Dre.Difahamkan, kontroversi ini bermula apabila Nora memuat naik sekeping gambar bersama Nedim dan anak-anak mereka seperti sebuah keluarga bahagia tempoh hari.


Terbaru, bekas isteri Nedim sendiri yang dikenali sebagai Nabilah Khan memberi penjelasan panjang lebar di Instagram miliknya malam semalam.

Menurut Nabilah atau lebih mesra disapa Bee Khan, dia gembira dengan hubungan Nedim bersama Nora, apatah lagi anak tunggalnya turut bahagia di samping pelakon itu.

Nedim adalah bekas suami saya dan bapa kepada anak saya. Dia menjalin hubungan dengan Nora Danish untuk jangka masa yang agak lama dan mereka kelihatan sangat bahagia bersama.

Dre juga seronok bila bersama bapanya serta Nora dan anak dia. Sebagai seorang ibu, tak ada apa lagi yang boleh saya minta selain melihat anak saya bahagia dan dikelilingi oleh orang yang menyayanginya.

Dalam pada itu, Bee juga berharap penjelasannya itu dapat memberi pencerahan yang sepatutnya dan berharap masyarakat luar berhenti dari terus memberikan komen negatif.



- sumber -

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!