DI China, seorang lelaki berusia 55 tahun bertindak menceroboh masuk ke dalam bangunan kerajaan Wilayah Hunan dalam keadaan terbakar, dipercayai cuba membunuh diri.
Lelaki yang dikenali sebagai Zhao itu telah menuang minyak petrol ke tubuhnya sebelum menyalakan api.
Bagaimanapun, tindakan pantas kakitangan bangunan tersebut telah berjaya memadamkan kebakaran pada tubuhnya.
Menurut netizen, terdapat kain rentang yang digantung di luar bangunan itu yang menyebut mengenai ‘tanah’.
Namun, ia dinafikan oleh pegawai kerajaan yang menyifatkan tindakan Zhao itu tidak ada kaitannya dengan perkara itu.
Setakat ini, motif lelaki itu masih lagi disiasat.
Oleh: ELZA
(Sumber: Shanghaiist.com)
0 comments:
Post a Comment