Saturday, 1 March 2014

Akan berangkat menunaikan umrah, Lisdawati sempat memberi jawapan kepada sebuah video Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mempunyai bukti mengenai apa yang telah terjadi. Video Sharnaaz ini telah pun dimuatnaik menerusi laman YouTube Harian Metro baru-baru ini. 
Menariknya Lisdawati juga menggunakan saluran yang sama untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharnaaz.
Berikut ialah video Sharnaaz menunjukkan bukti baru-baru ini.

Dan ini antara sari penting kata-kata Lisdawati di dalam video terbarunya:-
Ok saya sebenarnya taknak merumitkan lagi keadaan. Maca inilah, lagi banyak statement keluar nanti, lagi macam-macam tohmahan yang datang. Yang kena jugak, saya sekeluarga
Orang kat luar suka jadi hakim. Okay. Macam inilah. Dia menunjukkan keberaniannya untuk minta maaf kepada saya. Di sini pun saya masih tertanya-tanya apa salah saya. Dia cuma mengemukakan pendapat dia.
Ok di sini kalau anda rasa saya bersalah, ok sekarang juga saya berani katakan saya minta maaf. Di dalam video itu, terlalu banyak penipuan. Tolong jelaskan kepada saya dan saya nak anda bersihkan nama saya selepas saya balik dari umrah.
Awak kata nak saman saya semaksimum mungkin, jangan sampai benda itu berbalik balik pada anda.

Sila tonton video di bawah untuk temubual penuh antara Harian Metro dan Lisdawati:-
Apa pun, diharap kemelut yang melanda Lisdawati dan Sharnaaz ini tidak menjejaskan tumpuan Lisdawati untuk menunaikan umrah. Sampai di sana kelak, jangan fikir hal-hal ini. Tumpukan kepada perkara ibadah sepenuhnya. Balik nanti fikirkanlah semula. Mana tahu dapat ilham untuk menyelesaikan perkara ini apabila berada di sana kelak - Beautifulnara.com
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!