Wednesday, 26 March 2014


Pilot Air Asia Krish Jejendira digantung tugas.
Syarikat penerbangan AirAsia bertindak menggantung tugas seorang juruterbangnya ekoran kritikannya di laman sosial berhubung operasi mencari pesawat penerbangan MH370 Malaysia Airlines.



Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan menyebut, tindakan itu bagi menyiasat sama ada juruterbang yang bertugas di anak syarikatnya, AirAsia X itu melanggar polis syarikat.

"Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Sementara itu, AirAsia X pula menjelaskan, pegawai tersebut melanggar “arahan khusus” agar tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Ketua pegawai eksekutifnya Azran Rani Osman berkata, arahan tersebut dikeluarkan untuk mengelakkan kakitangannya membuat kenyataan yang mengguris perasaan.

"(Ada) arahan khusus kepada kru kami dalam membuat komen terbuka berkenaan MH370. (Ada) tanggungjawab untuk tidak menyakitkan perasaan (orang lain)," katanya, juga di Twitter.

Status yang tuduh kerajaan sembunyi maklumat MH370.
Ketika dihubungi, AirAsia X berkata tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut berkenaan perkara itu.

Kenyataanya itu timbul selepas beberapa blog menyebarkan gambar didakwa sebagai tulisan juruterbang tersebut di Facebook.

Dalam tulisan itu, juruterbang berkenaan didakwa mengkritik kerajaan kerana mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

"Demi (carutan)... Adakah bukti kukuh MH370 terhempas?! Tak betul jika terus buat anggapan bila anda tidak ada bukti untuk pertahankan dakwaan itu!

"Serpihan (yang disyaki)... masih tidak dipastikan dari pesawat! Tunjukkan kami bukti dan kemudian beritahu MH370 telah terhempas.

"Sehingga itu, berhenti sembunyikan fakta! Jelas sekali, walau kepada orang buta bahawa ada bertan-tan maklumat yang kerajaan tahu dan tidak mahu dikongsikan!," tulisan itu dipetik.

Malaysiakini sedang mendapatkan ulasan juruterbang berkenaan, yang difahamkan telah memadakan akaun Facebook beliau.
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!