Tuesday, 4 March 2014

Juara program Pilih Kasih musim ketiga, Reen Rahim dikecam dengan teruk di forum sosial kerana berkongsi gambar-gambar hanya berbikini di Instagram ketika bercuti di di kepulauan Koh Lipe, Thailand minggu lalu bersama rakan-rakannya.


Mengulas tentang kontroversi itu, Reen memberitahu, perkongsian gambar peribadi menerusi akaun Instagram miliknya adalah untuk kepuasan sendiri dan sama sekali tidak bertujuan untuk mencetuskan provokasi kepada mana-mana pihak.


“Saya akan fikirkan kesan baik dan buruknya sebelum saya muat naik apa-apa gambar sebab saya sedar akaun itu boleh dilihat masyarakat.
“Bagi saya, gambar yang dikongsi itu tidak keterlaluan dan boleh diterima keluarga sendiri, saya tak anggap ia satu masalah,” katanya yang ditemui di Balai Berita, semalam.
Reen yang juga juara program Pilih Kasih musim ketiga berkata, gambar yang dikongsi menerusi platform itu adalah cerminan telus dirinya bagi menceritakan perkembangan terbaru dengan peminat. 
“Apa yang saya kongsi adalah diri saya sebenar. Kalau orang tengok di luar atau dalam gambar adalah orang yang sama. 
Sumber: hmetro 
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!