Tuesday, 4 March 2014

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak agar tidak menipu diri sendiri dalam isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapat rendah.

Katanya, kerajaan tidak harus terus menanggung beban hingga RM8.4 bilion demi menyalurkan BR1M, yang menurutnya tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi.
Dalam tulisannya di blog chedet.cc, beliau menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memahami sentimen rakyat dengan lebih baik.
“Kegagalan untuk memahami sentimen awam akan memberi akibat buruk kepada ahli politik. Menipu diri sendiri adalah lebih buruk,” tulisnya.
Jelasnya, kerajaan masih mendapat sokongan baik walau tanpa memberi “sogokan” seperti itu, katanya.
“Sebenarnya, ramai juga yang memberitahu saya bahawa BR1M adalah sogokan, terutama apabila diberi sebelum pilihan raya.
“Ini samalah seperti memberi plakad untuk dipamerkan apabila anda lalu. Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen sebenar.
“Perasaan itu lebih baik dinyatakan melalui undi mereka. Undian mereka menunjukkan kematangan masing-masing,” katanya.
Najib pertahan BR1M
Sementara itu, Najib satu ucapan di perhimpunan Jabatan Perdana Menteri hari ini bagaimanapun mempertahankan langkah berkenaan, yang disifatkannya sebagai subsidi khusus kepada golongan sasaran dan untuk membantu memacu ekonomi dalam negara.
Laporan laman The Malaysian Indider yang memetik ucapan Najib itu menyebut, dengan mengurangkan jumlah keseluruhan subsidi melalui bantuan kepada golongan sasaran adalah lebih baik.
“Melalui BR1M dan BR1M 3.0, lebih 7 juta isi rumah (menerima BR1M) berjumlah RM4.6 bilion.
“Pada hari pertama, ramai yang pergi (membeli-belah) ke Sogo, ramai yang pergi ke pasar minggu,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Laporan Asal: suarainsan

Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!