Seorang wanita berusia 25 tahun terkejut apabila menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun bersembunyi di bawah katil dalam keadaan tanpa berpakaian di bilik anak saudara perempuannya berusia 12 tahun beberapa hari yang lepas.
Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, wanita berkenaan menemui kanak-kanak terbabit di rumah keluarga anak saudaranya di Labis.
Wanita itu mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila mendapati lampu di bilik anak saudaranya itu dimatikan apabila lampu bilik anak saudaranya dimatikan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata, wanita itu terus keluar rumah dan mengetuk tingkap bilik anak saudaranya. Kira-kira 10 minit kemudian, anak saudaranya membuka pintu. Wanita itu mendapati anak saudaranya memakai baju terbalik.
“Wanita itu masuk ke dalam bilik itu dan terkejut menemui seorang kanak-kanak lelaki bersembunyi dalam keadaan berbogel,” katanya,” katanya. - mStar
0 comments:
Post a Comment