Wednesday, 5 March 2014

Gambar wajah sebenar Mr R, kekasih Hanez Suraya - Selepas beberapa minggu merahsiakan gambar dan identiti kekasih hatinya yang juga suami Liyana Manan, Hanez Suraya akhirnya mengadakan sidang media petang tadi bersama dengan Mr R.


Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya menuntut permohonan maaf daripada isteri kepada Mr R atau kini lebih dikenali sebagai Romin Razin Adilha kerana memfitnah dan telah menyebabkan artis dan duta kepada Aura White ini menanggung malu.

“Saya mahu dia memohon maaf secara terbuka dengan semua tohmahan yang telah dia aibkan, Kalau boleh permohonan secara terbuka seperti sidang media yang telah saya lakukan hari ini.”

Tambah Hanez, kariernya juga turut terkena tempias dengan apa yang telah terjadi selama beberapa minggu ini dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, dan saya tidak mahu lagi keadaan menjadi keruh dan saya juga tidak memberikan tempoh masa untuk pihak (Liyana) di sana untuk meminta maaf. Tetapi saya mahu nama saya dibersihkan kerana satu Malaysia kini mengenali saya dengan kontroversi ini.”

Mari layan lima keping gambar wajah sebenar kekasih Hanez Suraya, Romin Razin Adilha, 34, yang amat kacak. Tak hairanlah mengapa Hanez mudah tertarik dan tergila-gilakannya. Dahlah kaya, hensem pulak tu, cair hati nurai kewanitaan.





Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!