Tuesday 2 September 2014




Perkhabaran terbaharu ini seakan-akan menguatkan lagi kisah seorang artis wanita bakal mengahwini seorang kerabat diraja seperti yang diheboh-hebohkan sebelum ini.

Ini kerana menurut sumber daripada portal Murai, seorang kerabat diraja dilaporkan sudah membeli cincin berharga ratusan ribu ringgit untuk dihadiahkan kepada kekasih hatinya yang dipercayai seorang artis popular.

Hmm, macam dapat teka je artis mana tu..

Kerabat diraja yang digambarkan sangat low profile itu dikatakan telah berkunjung ke sebuah butik barangan kemas mewah antarabangsa di Pavilion untuk bertanyakan berkenaan sebentuk cincin berlian bagi dihadiahkan kepada kekasih hatinya.

Adakah ini bermakna perkhabaran seorang artis wanita yang dikhabarkan bakal disunting kerabat diraja itu memang benar dan bukan rekaan semata-mata?

Kita tunggu dan lihat sahaja, mana tahu ada kenyataan balas daripada pihak terlibat berhubung cerita ini kelak.

*gambar hiasan

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!