Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014





Andai berlaku kematian, maka kita akan berkata itu sudah ajal.



Betul.

Namun, andai kematian itu berlaku atas sebab yang kita harus persoalkan dan menimbulkan keraguan, apakah kita harus dengan pantas masih berkata itu sudah ajal dan terus melupakannya?

Kalau begitu, mangsa pembunuhan juga tidak perlu disiasat siapa pembunuhnya kerana sudah ajal yang mati itu.


Adakalanya kita mengambil jalan mudah dengan hanya berkata sudah ajal tanpa kita berusaha untuk memperbaiki dan mempersoalkan kenapa kematian itu berlaku.

Bukan kita mempersoalkan takdir tuhan tetapi sebagai ciptaan Allah yang dikurniakan akal fikiran (yang membezakan kita dengan haiwan), kita harus mempersoalkan sesuatu kejadian itu dalam konteks mengapa ia berlaku dan apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya.


Hari ini kita dihidangkan dengan berita Dua Remaja Maut Dihempap Pokok Di Kuantan.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.10 petang kelmarin itu, kedua-dia mangsa, Muhammad Lokman Hakim Ismail, 19 dari Lorong Sungai Isap Perdana 32 dan Tun Muhammad Fakharuddin Mohd Jailani, 19 dari Lorong IM15/29, Taman Mutiara Mahkota disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, Muhammad Lokman merupakan pelajar tingkatan enam sebuah sekolah menengah di Kuala Lipis manakala Tun Muhammad Fakharuddin, penuntut Kolej Komuniti Indera Mahkota.

Menurutnya, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang menunggang secara berasingan dipercayai dalam perjalanan dari arah pelabuhan menghala ke Indera Mahkota.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebatang pokok yang berada di bahu jalan tiba-tiba tumbang lalu menghempap motosikal jenis Yamaha LC135 dan Honda Ex-5 ditunggang mangsa.

“Akibat kejadian, kedua-dua penunggang yang terjatuh dan dihempap pokok tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan,” katanya ketika dihubungi pihak media.

Persoalanya… pokok apa yang ditanam di tepi jalan raya sehingga ia tumbang dan mengorbankan dua remaja yang masih terlalu muda itu?

Mereka bukan kacau sesiapa, hanya menungang motosikal dan tiba-tiba ada pokok yang tumbang dan nyawa mereka melayang.

Bayangkang perasaan keluarga mereka.

Kalau kita ambil pendirian itu sudah ajal mereka… malas nak bertindak lanjut dan fikir… maka noktah la…

Biar sahajalah ia terjadi… dan biarlah kejadian seperti itu terus berulang sehingga kita atau sanak saudara pula jadi mangsa.

Percayalah, apa yang berlaku di Kuantan itu bukan kejadian pertama dan penulis amat yakin bukan yang terakhir.

Sudah berapa puluh kali kita dengar dan membaca di media mengenai kematian di jalan raya akibat pokok tumbang atau dahan patah.

Tiba masanya kita mempersoalkan kejadian seumpama ini dan mengapa ia kerap berlaku.

Ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena jenis pokok yang ditanam di tepi-tepi jalan di seluruh negara.

Andai tidak ada penyelesaian yang dapat dicari berhubung masalah berkenaan, adalah lebih baik diambil pendekatan agak jangan lagi ditanam pokok besar di tepi jalan.

Kalau mahu cerita pasal alam sekitar, baik dipertahankan hutan-hutan tropika kita yang dijarah macam orang gila oleh pembalak-pembalak yang ada hubungan politik atau istana.

Alam sekitar itu yang kita perlu pertahankan, bukan alam sekitar setakat pokok tanam sebaris kat tepi jalan.

Kalau nak cerita pasal keindahan, baik buang pokok-pokok di tepi jalan dan ditanam dengan rumput serta bunga dan paling penting, kuat-kuasakan undang-undang anti-pembuangan sampah dari dalam kenderaan.

Kalau tidak ada sampah-sarah dibuang di tepi-tepi jalan, maka ia akan lebih indah.

Tanam pokok besar tepi jalan ini idea pengindahan yang sudah lapuk.

Tidak bawak ke mana dan hanya menyumbang kepada kematian saban tahun.

Faktor cuaca negara kita yang sering berangin dan hujan lebat seharusnya menjadi titik tolak kepada pihak yang merumus polisi agar berfikir adakah menanam pokok di tepi-tepi jalan satu langkah pengindahan yang sesuai.

Sepatutnya tidak ada satu kematian pun yang patut berlaku akibat pokok di tepi jalan. Namun ia berlaku berulang kali dan kita menerimanya dengan hanya berserah sebagai ajal.

Cukup-cukuplah… tiba masanya pihak berkuasa tempatan (PBT) atau kerajaan harus bertindak.

Andai kedua pihak itu tidak mahu, maka kita boleh bertindak dengan mengemukakan saman ke atas PBT yang menanam pokok yang jenis mudah tumbang dan membahayakan nyawa pengguna jalan.

Sesuatu harus dilakukan… jangan hanya mengambil jalan mudah dengan berserah sepanjang masa- MYNEWSHUB

OLEH: AK-47












Saturday, 30 August 2014





BAGI peminat program ‘Fashion Police’ di saluran E!, nama Joan Rivers tidak perlu lagi diperkenalkan.

Selama ini ramai yang senang dengan karakter lucunya, namun kenyataan biadapnya mengenai pergolakan di Palestin awal bulan lalu nyata memakan diri.

Menyifatkan rakyat Palestin patut mati kerana dianggapnya memulakan perang, dia mendapat kritikan yang cukup hebat daripada pihak yang menyokong perjuangan Palestin.

Ia sekaligus mencalar reputasi yang dibinanya selama ini.




Beberapa hari lalu, Rivers terpaksa dikejarkan ke hospital akibat masalah pernafasan.

Malangnya, semasa menjalani pembedahan tekak, dia tiba-tiba berhenti bernafas, namun berjaya distabilkan oleh pasukan perubatan.

Rivers kini dalam keadaan koma dan belum sedarkan diri.

Ramai yang mengaitkan kejadian yang menimpanya itu sebagai balasan akibat kelancangan mulutnya sebelum ini.

Wallahu a’lam…
 

Saturday, 23 August 2014



KEPADA isteri-isteri, hati-hati kalau suami anda kaki pancing.

Ini kerana sudah ada trend di kalangan pengusaha kolam untuk menyediakan perkhidmatan gadis seksi bagi menarik pelanggan mereka.

Di Taiwan, disebabkan saingat sengit di antara pengusaha kolam pancing, ada taukeh yang memilih untuk menyediakan perkhidmatan awek seksi yang akan ‘melentukkan’ tubuh mungil mereka kepada para pelanggan.


Yang kelakarnya, disebabkan terlalu obses dengan hobi itu, ramai juga kaki pancing ‘buat bodoh’ saja biarpun si awek dah macam ‘nak telan’ mereka.

Malah ada yang hulur wang kepada awek-awek seksi ini agar ‘duduk jauh-jauh’ dari tempat mereka memancing.

Itu kisah di Taiwan, agak-agak di sini ada tak kolam pancing macam tu? Bukan nak pergi, sajalah nak tanya, larikkkkkkkkkkkkkkkk…… 


 

Tuesday, 19 August 2014




Selalunya perbuatan melatah lebih dikaitkan dengan masyarakat Melayu terutamanya di kalangan kaum perempuan.

Namun, jangan tak tahu perbuatan latah ini tak mengenal bangsa, makcik India ni pun turut sama mempunyai masalah latah.

Memang lucu lihat telatah mak cik ni apabila disakat rakan-rakan sekerja yang tidak jemu mengusiknya.

Jom tonton!
 

Tuesday, 15 July 2014




SEKADAR hiburan, kami kongsikan kepada anda video parodi lagu ‘Senja Nan Merah’ yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Awie dan Ziana Zain suatu ketika dulu.

Menariknya, ‘penyanyi’ video ini menggunakan solekan yang berbeza pada wajahnya bagi menggambarkan watak kedua-dua penyanyi tersebut.


Pendek kata, dua dalam satu.

Oh ya, kalau dilihat pada fizikal tubuhnya, ternyata dia seorang perempuan tulen.

Apapun, jom layan video kreatif ini!


Monday, 14 July 2014




KUALA LUMPUR – Gara-gara melakukan aksi ala ‘spiderman’ dengan memanjat bangunan 1 Sentrum, KL Sentral yang setinggi 32 tingkat, seorang jurugambar sambilan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menceroboh bangunan itu tanpa kebenaran dua minggu lepas.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman itu terhadap Keow Wee Loong, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu, serta memerintahkannya menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Keow yang diwakili peguam Latheefa Koya membayar denda itu.

Dia didakwa menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral dengan cara memanjat di luar bangunan itu di Tingkat 32, Bangunan 1 Sentrum, KL Sentral pada 2.30 petang, 29 Jun lepas.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Keow memanjat bangunan 1 Sentrum dari tingkat luar bangunan sebelum dia ditangkap oleh pengawal keselamatan ketika berada di tingkat 32 bangunan itu pada 3.30 petang.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran. – BERNAMA


 

Tuesday, 8 July 2014

Add caption


KATANYA kejadian ini berlaku di Seremban.

Orang ramai berjaya menangkap suspek yang dipercayai meragut.

Apalagi, dia pun dibelasah hampir setengah mati!


Malang sekali, kita lebih berminat untuk mengambil tindakan sendiri daripada menyerahkan suspek ke pihak berkuasa.

Matlamat tak menghalalkan cara…andainya suspek mati bagaimana, siapa di antara mereka yang memukulnya sanggup menyerah diri pada polis agaknya?

Tak salah kalau nak jadi hero, tetapi kenalah tanggung kesan daripada perbuatan kita.

Kalau kita hanya tahu ‘tambah nasi’ tapi tak mahu bertanggungjawab, rasanya darjat kita pun lebih kurang dengan peragut tadi!


Monday, 7 July 2014



SEBENARNYA, kami terpaksa mengambil sedikit masa untuk memahami pokok pangkal video yang tersebar menerusi laman Facebook ini.

Ia merupakan rakaman seorang cina Singapura yang mencarut dan melahirkan kemarahan terhadap seseorang yang didakwanya lelaki Melayu bernama Jonas Mohamed Amin.

Menurutnya, dia sepatutnya berjumpa dengan lelaki itu di pusat beli AMK Hub yang terletak di Ang Mo Kio, namun lelaki itu tidak muncul-muncul.

Hampir keseluruhan rakaman tersebut menyaksikan dia memaki-hamun dengan bahasa kesat yang tidak manis untuk kami nyatakan di sini.


Hasil maklumat daripada pengguna akaun Facebook yang lain, lelaki ini sebenarnya seorang ‘gamer’ dan juga ‘vlogger’ yang cukup aktif di laman YouTube.


Dia memiliki akaun Facebook dengan nama ‘SYpher Sotplug (Antonio Delargos)’ dan saluran Youtube, ‘Ltherael’.

Menerusi satu video terbarunya yang bertajuk ‘I’m Not Racist’, dia telah memberikan penjelasan berhubung video yang tersebar sebelum ini.

Menurutnya, dia bukanlah seorang yang ‘racist’, sebaliknya hanya melepaskan kemarahan terhadap Jonas akibat perselisihan faham yang bermula dari Facebook.

Dia mengandaikan Jonas seorang Melayu kerana wujudnya nama ‘Mohamed’.

Agak panjang untuk kami ceritakan isi kandungan video ini, ditambah pula dengan penggunaan bahasa kesatnya.

Bagaimanapun, kesimpulan yang dapat kami berikan ialah, cina ini memang seorang yang bermulut puaka dan mungkin hanya berani bercakap di alam maya sahaja!

Dan dari gaya percakapanya, dia seorang yang sangat bodoh.

Apapun, saksikan video penjelasannya ini.


 

Friday, 4 July 2014



Malang memang tak berbau tapi kejadian dalam video di bawah boleh dikira rare.

Sebuah kereta jenis Perodua MyVi dirakam tergelincir dari platform lalu terbalik ke lantai sewaktu sedang diservis.

Dapat dilihat, para pekerja kelam kabut datang mungkin selepas mendengar bunyi dentuman tapi malangnya nasi sudah jadi bubur.

Tak tahulah macam mana agaknya pekerja terlibat nak bagi penjelasan pada pemilik kereta yang sedang menunggu keretanya diservis tu.

Bayangkan pula perasaan pemilik kereta itu – datang konon nak kasi kereta tip top tapi lagi
melingkup. 

Tuesday, 1 July 2014





SEBAGAI pengguna jalan raya, anda memang punya hak untuk marah jika ada pengguna lain yang membuat kesilapan yang boleh mengundang kemalangan.

Tapi, pada masa yang sama, kemarahan itu perlu dikawal kerana khuatir ia boleh membahayakan diri anda pula.

Kejadian yang berlaku di Sao Paulo, Brazil, baru-baru ini mungkin boleh dijadikan iktibar.

Sebuah kereta mahu menukar laluan ke kanan tanpa menyedari ada sebuah motosikal di laluan tersebut sehingga hampir menghimpitnya.

Dek kerana marah, penunggang motosikal itu mula mencarut dan mengejar kereta berkenaan.

Tanpa disangka-sangka, dia bertindak menendang kereta tersebut dengan kaki kirinya sekaligus menyebabkan dia terjatuh daripada motosikalnya.




Mujurlah penunggang itu tidak mengalami kecederaan teruk walaupun jatuh tergolek.

Tak tahulah apa yang difikirkannya sewaktu menendang kereta tersebut.

Mungkin dia fikir kereta tersebut mampu diterbalikkan dengan sekali tendang agaknya.

Hmm…malu dapat, sakit pun dapat!




Pelakon terkenal Hong Kong, Coffee Lam mendapat MALU BESAR apabila sekumpulan paparazzi berjaya ‘menghidu’ perbuatannya berasmara dengan seorang lelaki di sebuah tandas OKU selama hampir 30 minit!

Paparazzi berkenaan juga sempat merakam visual di luar tandas serta suara pelakon berkenaan sewaktu sedang ‘beraksi’.



COffee dan teman lelakinya sempat berkata ‘ Oh Sh*t ‘ sebaik saja keluar dari pintu tandas tersebut setelah mendapati sekumpulan paparazzi sudah bersedia dengan kamera di tangan masing-masing!

Inilah adegan PALING KANTOI dalam dunia hiburan Hong Kong ketika ini!

Coffee yang pada mulanya mendakwa hanya berbual dengan seorang teman dalam tandas itu akhirnya mengaku yang lelaki itu adalah teman istimewanya.



Sepasang kekasih di Filipina, Rowden dan Leizl merancang untuk berkahwin pada 8 Julai ini sempena hari lahir Rowden yang ke-30.

Namun takdir menentukan pada penghujung Mei, Rowden didiagnosa menghidap kanser hati tahap 4 yang kronik hingga tubuhnya kian lemah dan hanya mampu berbaring.

Dalam keadaan tak bermaya dia menyatakan hasrat mahu mengahwini Leizl sebelum nafasnya berakhir.


Justeru, perkahwinan disegerakan. Dalam masa 12 jam segala persiapan dibuat lalu upacara berlangsung di wad memandangkan Rowden tidak boleh meninggalkan hospital.



Hanya 10 jam selepas bergelar suami kepada Leizl, Rowden Go akhirnya pergi buat selama-lamanya pada 11 Jun 2014.


Mendiang meninggalkan Leizl dan anak mereka, Zakiah Rowzel berusia 2 tahun dan ibu, Lorelei serta adik beradik, Hasset (yang mengepos video di bawah ke YouTube) dan Hisham.

Kisah di sebalik perkahwinan Rowden dan Leizl yang amat menyentuh hati membuatkan video perkahwinan mereka menjadi viral malah setakat hari ini ia telah ditonton lebih 9 juta kali.


Rata-rata yang menyaksikan video ini mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya rasa sebak dan kami pasti, anda akan jadi salah seorang daripadanya.

Selamat menonton.

Oleh: REM RAMZI

Wednesday, 16 April 2014


USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN USTAZ DON DANIYAL | Video yang disebarkan Nur Puteri Dayana yang bertajuk KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL mendakwa Ustaz Don Daniyal berdusta dan menyebarkan hadith palsu dalam ceramahnya.

Artikel sebelumnya: ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL
Namun, ia menjadi isu besar apabila terdapat campurtangan dari Wardina Safiyyah yang menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial.

Apa pula kata Ustaz Mustaffa Kamal?

Jom kita baca.

"Orang bertanya tentang Ustaz Don pada ustaz. Ustaz kata " Ustaz Don lebih alim daripada ustaz. Mengenai cerita yang diceritakan oleh Ustaz Don memang ada dalam kitab2 lama, ustazpun ada baca kisah tu tercatat dalam kisah2 aulia, jangan cepat kata cerita palsu,lagipun kisah2 orang soleh yg utamanya kita ambil iktibarnya.Cukuplah anta cari kitab2 yg dikarang oleh Syeikh Abdul Ar Rahim Fathoni dan Syeikh Uthman bin Hassan.InsyaAllah ada kisah ini dalam kitabnya.Kedua2 ulama ini orang soleh dan nak karang kitab solat taubat dan sunat hajat sbb tu kitab mereka ada barakahnya".
"Ustaz tak berani nak tuduh orang sembarangan apatah lagi ustaz tahu keadaan ustaz yg jahil, Siapa yg kata pada ustaz Don tu, dia tu org alim ke".
Jawabnya "Dok lah malas nak kabar la ustaz".
"Kalau macam tu jgn kabor ke ustaz sbb ustaz tak nak tahu".



Ustaz Don.

Kebelakangan ini banyak diperkatakan tentang Ustaz Don. Ada sahaja cakap-cakap buruk ditimbulkan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don. Terkini, Wardina Safiyyah kononnya menegur Ustaz Don dan menyeru para ulamak untuk menyemak semula apa yang Ustaz Don perkatakan.

Bagi saya, apa yang tersebar sekarang ini tidak lain adalah satu usaha menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don kerana beliau sudah mula bercerita tentang akhir zaman. Ada satu facebook bernama Puteri Diyana, pada saya pemegang akaun facebook ini agak jahat orangnya kerana telah banyak kes dia cuba melaga-lagakan ilmuan Islam dalam negara kita. Dahulu ada kes berkenaan para Habaib, sekarang buat kes pasal Ustaz Don pula.

Pada saya, apa yang Ustaz Don sampaikan terutamanya tentang bani Tamim itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu. Walaupun terjemahan dan tafsiran mengenai Bani Tamimnya itu silap, tetapi Ustaz Don telahpun melangkah satu langkah kehadapan kerana berani tampil dikhalayak dan bercerita tentang akhir zaman dan kebangkitan Islam dari Nusantara. Masih ramai yang belum sedar walaupun sudah banyak peringatan yang diberi.

Lain-lain kesilapan Ustaz Don, pada saya tidak boleh dinilai dgn hanya menonton satu video kompilasi yang dibuat oleh akaun Puteri Diyana itu. Kerana itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab setelah mengedit dan mencampurkan banyak video menjadi satu yang mana ia akan melahirkan satu tanggapan negatif terhadap Ustaz Don.

Kepada yang telah terpengaruh... diharap dapat berlapang dada dan lihatlah kembali serta selidiki, SIAPA yang menyebarkannya dan SIAPA yang cuba menegurnya?? Kalau bukan ilmuwan, itu adalah satu usaha untuk memecahbelahkan umat Islam dan harus dijauhi.

Sekian pesanan saya.....

Pesanan ini ditulis setelah banyak inbox dihantar kpd sy. InsyaALLAH akan bertemu Ustaz Don sekitar 2 minggu lagi.

Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.



Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.


Video yang di muat naik oleh seorang wanita [ cuba menjatuhkan]


Sunday, 13 April 2014


Kematian 8 saintis terbaik China.
Hanya kematian yang boleh menghapuskan bukti-bukti kejadian..



Persembahan yang sangat2 mengujakan..
Namun, sesuatu yang tidak dijangka bakal berlaku kelak antara US, Australia, China, Russia, Ukraine, Israel dan juga MALAYSIA!!

Nak tahu selanjutnya, teruskan menonton video ini dan sebarkan seberapa banyak yang boleh.


Thursday, 10 April 2014

Seorang ibu di Dongguan, China dikritik hebat apabila video menunjukkan dirinya memukul dan mengheret anak yang masih kecil tanpa belas kasihan tersebar di internet.


Anaknya hanya mampu menangis hingga terkencing malah terbaring di jalanraya yang kotor dan berdebu namun si ibu dilihat lebih sibuk dengan telefon bimbit.
Orang awam dan anggota polis yang terkejut melihat perlakuannya cuba menenangkan keadaan namun ibu ini bukan sahaja tidak menerima nasihat malah naik angin.

Berikut adalah rakaman video tersebut:



Selain menghambur maki hamun, dia turut berkeras itu adalah cara dia mendisiplinkan anaknya.
Anaknya yang ketakutan melihat orang ramai cuba mendapatkan perlindungan ibunya namun wanita berhati kering ini tergamak meninggalkan anaknya yang mungkin baru pandai berjalan itu semata-mata untuk bercakap di telefon bimbit.

Perlakuan kejam wanita ini dikecam masyarakat yang pada sama, turut menyalahkan anggota polis dalam rakaman ini kerana tidak menahan wanita tersebut.

Wednesday, 9 April 2014


Adeh..benda kecik pun sanggup bergaduh depan orang ramai..yang bini pun satu ikut join sekali nak bergaduh. Tak tahu malu ke buat benda nie depan anak-anak dan orang ramai. Dah macam budak-budak dah aku tangok.


Saturday, 5 April 2014


#Sila contohi gadis ini wahai wanita-wanita malaysia! Jom lihat video dibawah:



Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam tadi. Ia disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel.






Juara musim kedua program itu disandang Han Lei dari China manakala naib juara jatuh kepada penyanyi Hong Kong, G.E.M.
Pada malam akhir, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi hebat China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ yang pernah dipopularkan Whitney Houston dan Mariah Carey. Di atas persembahan itu, Shila menerima undian ketiga tertinggi dan mara ke pusingan kedua untuk aksi solo.

Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul ‘Mama’ nyanyian asal Exo-M.

Shila menyertai program realiti nyanyian paling popular di China itu bermula minggu ketujuh pertandingan pada 21 Februari lalu.

Pada minggu itu, Shila menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua, sekali gus meneruskan kemaraan ke minggu berikutnya.

Shila meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).-hmetro

shahilaamzah

6 hours ago
I dont care about the result..whether i choose the right song or the wrong song..it is my choice..i feel proud to be on the final stage..You have no idea what IVE gone through..so just cut the crap and save it completely to yourself okay?:) so yeah,now lets have a good night... And i am definitely smiling while typing this..and gonna have the sweetest dream come true :) goodnight..cheers!



shahilaamzah
5 hours ago
And btw..i know whats the headlines gonna be like...:) Haha.. But then yeah..top 3 is good enough... It started really2 hard..the language..everything..bukan senang.. Please bangkit la org kita..usah lah phd and asyik tau complaint aja..we need to think one step ahed baru boleh maju ma..buka fikiran dgn lebih luas..dan kita boleh bersaing secara sihat :) yg terasa tu..er..pandai2 makan sendiri la..and btw,thanks to all my fellow minority malaysian tak kira malay cina india apa pun fansssssss...anywhere you are..and course my chinese fans...you guys are the best .. 谢谢大家!#shilalas


Friday, 4 April 2014



Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!