Wednesday 3 September 2014




BEBERAPA bulan lalu, bertebaran gosip yang mengatakan pelakon Sharnaaz Ahmad sedang menjalin cinta dengan seorang model dan pengusaha perniagaan tudung, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus.

Namun, cerita itu senyap seketika lantaran kedua-duanya tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram pelakon itu semalam, dia telah memuatnaik gambar terbarunya bersama Anis dengan caption berbunyi:




“This family i had, i couldnt ask for a lil bit more.. This is just awsome.. For all the hard work and the peyembuyian.. Tq dear @anisalidrus makcik giant ni memang pandai auta.. And ur just too sweet. #anakantoopenang #skinheadselamanya.”

Gambar itu diambil sempena sambutan hari jadinya dan Sharnaaz tampak ceria sekali di samping Anis.

Jika sahih kedua-duanya sedang berpacaran, tahniah kami ucapkan!

Moga-moga ia dapat memadamkan gosip-gosip nakal yang mengaitkan Sharnaaz dengan pelakon wanita lain di lokasi, tak gitu?

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!