Wednesday 3 September 2014




NAMA Yunalis Zarai atau Yuna memang tidak dapat dinafikan kini semakin mekar berkembang di negara Amerika Syarikat.

Selain dikenali dengan lagu-lagu nyanyian yang merdu, Yuna juga digemari ramai kerana fesyen turban unik yang diketengahkannya.

Terbaharu, Yuna telah dilantik menjadi antara 76 wajah kempen untuk jenama fesyen Barney New York bergandingan bersama individu-individu lain yang bermastautin di negara Uncle Sam itu.

Tema bagi musim bunga Barney New York pada tahun ini ialah kempen yang diberi nama Brothers, Sisters, Sons & Daughters.

Oleh: JULIANA JOHAR

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!