Saturday 5 July 2014


TERNYATA bulan Ramadhan ini membuka lembaran baru buat beberapa selebriti wanita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Terbaru, pelakon manis Ana Dahlia yang juga bekas menantu Chef Wan juga dilihat sudah mula berhijab menerusi gambar-gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya.

Biarpun tiada pengumuman khas yang dibuat mengenai penghijrahannya, namun ‘caption’ yang disertakan bersama gambar seolah-olah memberitahu dia sudah memulakan fasa baru dalam hidupnya.



Jika benar pelakon ini sudah bertudung, tahniah dan syukur kami ucapkan.

Semoga Ana terus istiqamah dan cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga ya! Ehem…






Oleh: ELZA
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!