Thursday 17 July 2014


Sekarang dah macam jadi trend bayi yang baharu beberapa hari dilahirkan terus menjalani proses penggambaran atau ‘photo shoot’.

Antara selebriti yang pernah membuat sesi photo shoot bayi mereka adalah seperti penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi.

Terbaharu, pelakon Amar Asyraf yang baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Amar Taufiq turut mengadakan penggambaran bagi meraikan kelahiran anak sulungnya pada 8 Julai lalu.

Memang kreatif idea jurugambarnya, jom layan gambar-gambar menarik hasil bidikan Camora Arts.

Mana tahu, boleh bagi idea buat pasangan ibu bapa di luar sana mengimpikan sesi photo shoot sebegini untuk anak mereka kelak. – MYNEWSHUB.MY

















Oleh: AUDREY LEE
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!