Saturday 12 July 2014



Pasangan popular Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan bakal berkahwin di kediaman mereka yang terletak di selatan Perancis.

Walau bagaimanapun, pasangan berpengaruh ini masih belum menetapkan lagi bila tarikh bagi meraikan hari bahagia mereka.

Namun, menurut sumber terdekat, Jolie dan Pitt berkemungkinan besar akan mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini dan hanya akan menjemput kenalan rapat dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menyaksikan hari penyatuan hati pasangan yang digelar Brangelina ini.

Sepanjang hidup bersama, Jolie dan Pitt telah memperolehi tiga cahaya mata iaitu Shiloh, pasangan kembar, Vivienne dan Knox serta tiga anak angkat, Maddox, Pax dan Zahara.



Oleh: AUDREY LEE
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!