Saturday, 25 October 2014







Anzalna mengakui kulitnya agak sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, sebab itu dia perlu kerap menjaga kulit wajahnya dengan mendisiplinkan diri dengan rutin hariannya.





“Saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet dalam menjaga kecantikan. Tetapi apabila terlalu kerap mengenakan mekap untuk lakonan dan menghadiri majlis tertentu, saya perlu lebih menjaga kulit agar sentiasa bersih.

“Saya juga disarankan untuk mengguna ubat dan tidak menggunakan produk secara sembarangan.

“Saya turut mengamalkan petua tradisional seperti menyapu putih telur di muka. Setiap kali membasuh muka, saya sering berselawat agar dikekalkan keserian wajah,” katanya lagi.

Bercerita tentang penjagaan rambut, Anzalna hanya menyapu vitamin rambut dan mengamalkan mencuci rambut setiap hari.

Beralih kepada pemakanan, Anzalna tidak mengamalkan diet sebaliknya makan secara sederhana dan mengelakkan daripada menikmati makanan laut kerana alahan.

Apabila bercerita tentang makan, terus dia teringat tentang berat badannya yang meningkat kepada 48 kilogram (kg) sewaktu berada di Tasmania, Australia selama lima tahun sejak 2003 hingga 2009.

“Waktu itu, saya sekeluarga mengikut bapa yang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sana. Makanan semuanya sedap-sedap belaka dan selera makan saya di sana tidak dapat dikawal kerana faktor cuaca dan pengaruh sekeliling.

“Tetapi sekarang saya berjaya menurunkan berat badan kepada 43 kg,” ujarnya.

Menyentuh tentang fesyen, dia lebih gemar mengikut fesyen terkini. Untuk kelihatan menarik, Anzalna sanggup berbelanja lebih membeli pakaian, kasut dan aksesori.

Bagaimanapun, dia bukanlah seorang yang mementingkan jenama tetapi cukuplah barangan tersebut kelihatan cantik dan menarik.


p/s : Itu cerita mengenai petua kecantikan Anzalna Nasir sehingga membuat ramai wanita di luar sana tertanya-tanya. Bagaimana pula wajah sebenar beliau tanpa mekap? Korang pasti terkejut tengok gambar di bawah kerana Anzalna menjadi semakin jelita dan memukau kalau tidak memakai sebarang mekap.





Categories: , , , ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!