Wednesday, 29 October 2014



 


Secara individu, mereka ini sudah cukup kaya dan berjaya dalam karier masing. Namun apabila mereka saling bertemu dan menjadi pasangan, harta kekayaan mereka bertambah dengan berlipat ganda.

Menurut majalah perniagaan Forbes, berikut adalah lima pasangan paling kaya untuk tahun 2012 (Mei 2011 – 2012).

1. Beyonce Knowles & Jay-Z



Pasangan muzik paling terkenal di dunia ini mempunyai pendapatan bersama sejumlah AS$78 juta (RM238.5 juta) iaitu AS$40 (RM122.3 juta) juta milik Beyonce melalui koleksi Dereon, iklan L’Oreal, DirecTV dan banyak lagi, manakala baki AS$38 juta (RM116.2 juta) milik Jay-Z yang dijana daripada konsert jelajah “Watch The Throne” dan pelaburannya).

Bagaimana mereka membelanjakannya? Menyewa rumah di Hamptons bernilai AS$400,000 (RM1.22 juta) selama sebulan atau mungkin juga membeli hadiah sesama sendiri, seperti hadiah Beyonce kepada suami tercinta pada tahun 2010 - sebuah kereta Bugatti Veyron Fbg par Hermes untuk harijadi ke-41 Jay-Z yang bernilai AS$2.4 juta (RM7.33 juta).

2. Gisele Bundchen & Tom Brady




Bintang quarterback futbol New England Patriots, Tom Brady dan isterinya, supermodel Gisele Bundchen memiliki pendapatan bersama AS$72 juta(RM235.45 juta) iaitu AS$45 juta (RM137.6 juta) milik Bundchen dan AS$27 juta (RM82.56 juta) milik Brady melalui kontrak dengan NEP selama empat tahun, juga sebagai model jenama UGG Boots dan Under Armour.

Mereka mungkin memerlukan jumlah itu untuk menguruskan rumah agam mereka di Brentwood yang memakan kos sebanyak AS$20 juta (RM61.15 juta).

3. David Beckham & Victoria Beckham




Bintang bola sepak dan fashionista ini mempunyai gabungan pendapatan berjumlah AS$54 juta (RM165.1 juta) dengan sebahagian besarnya dijana oleh David sendiri selepas menandatangani semula kontrak bersama LA Galaxy selain menjadi model Burger King, Sainsbury's dan Samsung iaitu AS$46 juta (RM140.66 juta) manakala Victoria pula memiliki nilai kekayaan AS$8 juta (RM24.4 juta) yang dihasilkan melalui jenama fesyennya dan royalti daripada album Spice Girls. Memiliki beberapa rumah agam seperti Beckingham di UK, rumah agam mereka di Beverly Hills dan ladang wain Victoria di Lembah Napa, pasangan ini memang pandai berbelanja besar dan mencari jalan untuk membayar semuanya!

4. Brad Pitt & Angelina Jolie




Pasangan terkenal Hollywood ini berada di tempat keempat dengan gabungan pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM137.6 juta). Pitt mendapatkan hasil sebanyak AS$25 juta (RM76.44 juta) daripada filemnya, “Moneyball” dan “Tree Of Life”, sementara Jolie pula menjana pendapatan melalui filem dan juga menjadi jurucakap jenama seperti Louis Vuitton.




5. Will Smith & Jada Pinkett Smith




Antara pasangan yang paling lama bertahan di Hollywood, mereka memiliki pendapatan bersama 2012 sebanyak AS$40 juta (RM122.3 juta), iaitu AS$30 juta (RM91.73 juta) datang daripada Will Smith yang kembali ke layar perak melalui “Men In Black 3” dan “After Earth”.

Sementara itu, Jada pula mengaut hasil daripada lakonan suaranya melalui animasi “Madagascar 3: Europe’s Most Wanted” dan pelaburannya dalam Carol’s Daughter, produk kecantikan yang dihasilkan oleh Lisa Price, di mana Jada juga bertanggungjawab sebagai jurucakapnya.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!