Tuesday, 2 September 2014



Chon Buri – Seorang wanita merempuh kereta dipandunya pada tiang sebuah jambatan di Pattaya sebelum menendang pegawai polis yang cuba menahannya.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku.

“Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk,” katanya.

Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai.

Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca.- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!