Saturday, 20 September 2014


salam semua

sure ramai yg nak tahu tahap kesuburan sesama kita kan .. adakalanya semua ini kita x ambil pusing , x kesah kan pun ... hurmm salah tuu .. sebagai wanita , memang kita perlu tahu dan ambil tahu tahap kesuburan kita , nak2 bila kita baru berkahwin , haa bagi yg belum berkahwin pun apa salahnya kalau nak tahu kan .. soo moh baca nie .. ;)



pic google




PERNIKAHAN tanpa kehadiran anak sering menjadi penyebab kepada pertengkaran di antara pasangan suami isteri. Namun kadang-kadang seorang suami harus dihadapkan kepada kenyataan bahawa sang isterinya kurang subur. 

Kesuburan kepada seorang wanita biasanya dimulai dari usia 12 tahun hingga 48 tahun. Anda belum mengetahui tanda-tanda wanita subur? Berikut ini adalah tips-tips sederhana yang boleh membantu Anda.

1. Kitaran haid 

Wanita yang mempunyai kitaran haid teratur setiap bulan biasanya subur. Satu putaran haid dimulai dari hari pertama keluar haid sehingga sehari sebelum haid datang kembali, yang biasanya berlangsung selama 28 hingga 30 hari. Oleh kerana itu kitaran haid dapat dijadikan indikasi pertama untuk menandakan seorang wanita itu subur atau tidak.

2. Alat pencatat kesuburan

Kemajuan teknologi seperti ovulation thermometer juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mendeteksi kesuburan seorang wanita. Thermometer ini akan mencatat perubahan suhu badan saat wanita mengeluarkan benih atau sel telur. Bila benih keluar, biasanyathermometer akan mencatat kenaikan suhu sebanyak 0.2 darjah celsius selama 10 hari. Namun jika wanita tersebut tidak mengalami perubahan suhu badan pada masa subur, bererti wanita tersebut tidak subur.

3. Ujian darah

Wanita yang kitaran haidnya tidak teratur, seperti datangnya haid tiga bulan sekali atau enam bulan sekali biasanya tidak subur. Jika dalam kondisi seperti ini, beberapa ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui penyebab dari tidak lancarnya kitaran haid. Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kandungan hormon yang berperanan pada kesuburan seorang wanita. 

4. Pemeriksaan fizik 

Untuk mengetahui seorang wanita subur juga dapat diketahui dari organ tubuh seorang wanita. Beberapa organ tubuh, seperti buah dada, kelenjar tiroid pada leher, dan organ reproduksi. Kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon tiroksin berlebihan akan mengganggu proses pelepasan sel telur. Sedangkan pemeriksaan buah dada ditujukan untuk mengetahui hormon prolaktin di mana kandungan hormon prolaktin yang tinggi akan mengganggu proses pengeluaran sel telur. Selain itu, pemeriksaan sistem reproduksi juga perlu dilakukan untuk mengetahui sistem reproduksinya normal atau tidak.

5. Track record

Wanita yang pernah mengalami keguguran, baik disengaja ataupun tidak, peluang terjangkitnya kuman pada saluran reproduksi akan tinggi. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan dan penyumbatan saluran reproduksi. Oleh kerana itu, track record wanita yang pernah mengalami keguguran juga harus diperhatikan.

Nah, dengan beberapa tips sederhana ini tentu tidak salah jika seorang lelaki memutuskan untuk berkahwin lebih selektif. Kesuburan calon isteri juga harus diperhatikan demi kebahagian yang sempurna dengan hadirnya sang buah hati

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!