Thursday 14 August 2014



Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium, Seri Kembangan menerima kejutan hari ini apabila seorang guru di sekolah itu melahirkan anak ketika bertugas.

Pengetua sekolah berkenaan yang tidak diketahui namanya, bertindak menjadi bidan dan membantu guru berkenaan melahirkan anak serta menyambut bayi berkenaan.

Gambar dan kejadian dilaporkan di laman Facebook Friends of BN-Barisan Nasional hari ini.



Difahamkan tali pusat bayi berkenaan terpaksa dipotong agak lambat kerana menunggu pihak ambulans dan pihak perubatan tiba di sekolah tersebut. Ibu dan bayi berkenaan disahkan selamat.

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!