Wednesday, 2 April 2014


Cukup tidak munasabah bagi seseorang mampu bertahan selama 14 hari dengan sebuah telefon bimbit berada di dalam dubur.

Pakar Kesihatan, Dr Shariff Ramlee berkata, sebarang benda asing yang berada di dalam saluran usus bakal memberi kesan sampingan kepada individu itu.

“Analogi yang boleh saya katakan di sini, sekiranya seorang kanak-kanak tertelan sebiji sel kering, ia harus dikeluarkan secepat mungkin kerana bahan kimia yang terdapat dalam sel kering mampu bertindak balas terhadap cecair di dalam badan.

“Begitu juga dengan sebiji telefon bimbit dalam dubur berkemungkinan bertindak balas dengan cecair yang ada bakal menyebabkan satu litar pintas kecil dan bahan kimia pada telefon itu mampu mengakibatkan luka serta menipiskan dinding usus,” katanya.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya telefon bimbit berkenaan adalah bersifat kalis air atau diletakkan dalam sebuah bekas kalis air.

“Pernah pesakit saya mengalami situasi yang sama, tetapi telefon berkenaan dimatikan tetapi untuk beberapa jam sahaja.

“Apa yang menjadi sesuatu yang mustahil adalah kemampuan kuasa bateri bertahan selama dua minggu dan bagaimana seseorang yang normal menjalani kitaran hidup tanpa membuang air besar,” katanya.

Ditanya mengenai gelombang yang dihasilkan sebuah telefon bimbit mampu mengakibatkan penyakit kronik, beliau berkata, perkara tersebut masih lagi belum dapat dibuktikan dengan konkrit.

“Kalau untuk penyakit kanser saya tidak boleh katakan tidak kerana semua masih dalam peringkat kajian,” katanya.

Sebelum ini, sebuah blog memaparkan mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya Philip Wood itu mendakwa dia bersama yang lain ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

Dia mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya diberikan dadah oleh perampas.

Wood mendakwa menyembunyikan telefon di dalam dubur yang membolehkannya menghantar mesej.
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!