Sepasang kekasih di Filipina, Rowden dan Leizl merancang untuk berkahwin pada 8 Julai ini sempena hari lahir Rowden yang ke-30.
Namun takdir menentukan pada penghujung Mei, Rowden didiagnosa menghidap kanser hati tahap 4 yang kronik hingga tubuhnya kian lemah dan hanya mampu berbaring.
Dalam keadaan tak bermaya dia menyatakan hasrat mahu mengahwini Leizl sebelum nafasnya berakhir.
Justeru, perkahwinan disegerakan. Dalam masa 12 jam segala persiapan dibuat lalu upacara berlangsung di wad memandangkan Rowden tidak boleh meninggalkan hospital.
Hanya 10 jam selepas bergelar suami kepada Leizl, Rowden Go akhirnya pergi buat selama-lamanya pada 11 Jun 2014.
Mendiang meninggalkan Leizl dan anak mereka, Zakiah Rowzel berusia 2 tahun dan ibu, Lorelei serta adik beradik, Hasset (yang mengepos video di bawah ke YouTube) dan Hisham.
Kisah di sebalik perkahwinan Rowden dan Leizl yang amat menyentuh hati membuatkan video perkahwinan mereka menjadi viral malah setakat hari ini ia telah ditonton lebih 9 juta kali.
Rata-rata yang menyaksikan video ini mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya rasa sebak dan kami pasti, anda akan jadi salah seorang daripadanya.
Selamat menonton.
Oleh: REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment