Saturday, 28 June 2014




Fitrah seorang ibu sepatutnya menjadikan mereka pelindung kepada anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.

Namun apa yang boleh membunuh naluri kasih sayang ini adalah sikap sabar yang terlalu tipis terutama ketika berhadapan kerenah anak.

Justeru tidak hairanlah ada kes ibu tergamak mengurung anak tanpa makanan dalam tempoh lama atau tega mengheret anak yang masih kecil di atas tar keras.

Dalam video di bawah pula, seorang ibu dirakam mengherdik anak kecilnya dengan lantang di Stesen Tren Tokyo tanpa mempedulikan orang sekeliling.


Seorang pengguna tren yang merakam aksi ibu terbabit terkejut apabila sejurus kemudian dia turut menendang kepala anaknya membuatkan perlakuan itu ditegur.

Tendangan yang diberi semata-mata kerana si anak tidak mahu berhenti merengek itu membuatkan si kecil tersembam ke lantai.


Kalau di tempat awam pun dia tergamak bagi anak makan kaki seperti itu, tak tahulah bagaimana pula habuan yang diberikan ibu ini kepada anaknya apabila dia naik angin di rumah kan?

Tak dapat dinafikan ibu ini mungkin mempunyai masalah peribadi berat hingga menjadikannya stres dan kurang sabar tapi memukul anak kecil hingga seteruk ini tetap satu perbuatan kejam dan keji.


Harus diingat anak akan membesar juga satu hari nanti. Meskipun dia masih kecil ketika dilayan dengan buruk, ini tidak bermakna pengalaman itu akan luput dari ingatannya sekaligus tak mustahil bakal mempengaruhi pula cara layanannya kepada orang tua.

Oleh: REM RAMZI
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!