Friday, 27 June 2014


 


Seorang jejaka warga China yang pernah ditinggalkan kekasihnya kerana tidak memiliki wang telah membelanjakan AS$40,000 membuat tempahan empat pawagam IMAX di Beijing, China untuk tayangan perdana filem terbaru “Transformers” pada hari ini sebagai bukti yang dia tidak lagi pokai.

“Ketika kami di tahun empat kolej pada 2007 saya tidak mempunyai wang untuk membeli dua tiket wayang pun,” ujar Hu Xiaoyun dalam laman sosial Twitter versi China, Sina Weibo, menurut laporan Mstar Online.

Dan Xiaoyun berkata, pada hari kekasihanya meninggalkan Beijing, dia telah memberi komen yang Xiaoyun akan berada dalam keadaan yang sama sampai bila-bila.

“Sejak itu saya telah bekerja keras dan hari ini saya telah membelanjakan separuh daripada pendapatan bulanan saya untuk membuat tempahan ke atas empat panggung IMAX sebagai bukti, keputusan yang dibuat oleh bekas kekasih saya tujuh tahun lalu adalah satu kesilapan besar,” katanya lagi.

Sebagai bukti, Xiaoyun turut memuat naikkan salinan resit tempahan kesemua panggung tersebut yang berjumlah 250,000 yuan atau $40,000.

Xiaoyun juga telah meminta bantuan para pengguna internet supaya menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada bekas kekasihnya itu dan menjanjikan tiket percuma kepada mereka.


Mesejnya itu telah dihantar sebanyak 110,000 kali menjelang Jumaat.

Sebelum ini, filem-filem “Transformers” mencapai tahap pecah panggung di China dan tayangan tengah malam filem keempat “Age of Extinction” berjaya mencecah jualan tiket sehingga 40 juta yuan.
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!