Berikutan gosip yang tersebar luas mengatakan Zizan dan Emma Maembong bercumbu mesra didalam pesawat tanpa rasa segan-silu, dua artis popular tersebut tampil memperjelaskan keadaan.. Menganggap si penyebar cerita tersalah anggap mereka berdua menafikan sekeras-kerasnya gosip tersebut..
Bercakap kepada Kosmo hari ini, Emma Maembong mengatakan yang sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Los Angeles, Kami ada bergurau senda namun tidak sampai ke tahap bercumbu dan ada masanya dia juga tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.
“Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita.
“Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman,”
“Emma tidak marahkan penyampai cerita itu sebab semua tahu perkara yang sebenar, malah sampai sekarang Emma tidak pasti siapakah individu yang bertindak menyebarkan cerita itu. Mungkin juga ada peminat yang tersalah anggap.
“Agak sedih sebenarnya apabila cerita itu keluar tanpa bertanyakan dahulu kepada Emma atau Zizan. Kalau betul Emma salah, Emma minta maaf,” ujarnya yang menyifatkan Zizan adalah lelaki paling rapat dalam hidupnya.
Manakala Zizan pula yang lebih tenang menjawab kontroversi ini turut menafikan kemesraannya di dalam pesawat apatah lagi bercumbu seperti yang didakwa sebelum ini..
“Ya, di dalam pesawat kami duduk bersama. Namun harus saya ingatkan bahawa kami bukan duduk berdua, sebaliknya bersama pengurus saya, Marina Juki dan Kaka.
“Di dalam pesawat, dengan banyak orang yang ada di dalamnya, mana mungkin kami bercumbu.
“Jika istilahnya bergurau, ya. Mungkin pada waktu si penyampai cerita mendakwa kami mesra kerana ternampak kami bergurau, itu tidak saya nafikan.
“Kami memang ada bergurau tetapi bukan bercumbu,” katanya yang bagaimanapun memaafkan si penyebar cerita..
Sumber: Kosmo
0 comments:
Post a Comment