Thursday, 26 June 2014




Hai, makin hari makin banyak pula cerita menunjukkan kehebatan butik tudung Fareeda.

Daripada kisah pelanggan sanggup tidur depan butik semata-mata mahu menjadi orang terawal membeli koleksi terbaru hinggalah pengiklanan di badan pesawat, sedikit sebanyak kita pun tumpang bangga melihat kejayaan perniagaan Melayu ini.

Namun apabila diberitakan bahawa Butik Fareeda Exclusive menghendaki pelanggannya menunjukkan slip gaji selama tiga bulan sebelum memasukinya, rasa agak melampau di situ.



Perkara ini disebarkan menerusi satu status Facebook pelanggan Fareeda yang kini tersebar di media sosial.

Pada masa sama, terfikir juga kot-kot ini adalah satu fitnah semata-mata. Majoriti kaum wanita yang meminati Fareeda tahu kot skala harga tudung jenama ini jadi mereka yang tak mampu awal-awal lagi dah telan air liur saja dari jauh apatah lagi mahu memasuki butik eksklusif mereka.


Namun sekiranya ini benar, pendapatan seseorang tidak semestinya tertera pada penyata gajilah.. isteri jutawan yang duduk rumah goyang kaki dan kerjanya cuma menghabiskan duit laki manalah ada semua itu kan?

Jadi kenyataan bahawa penyata gaji diperlukan untuk masuk Butik Fareeda adalah satu tindakan yang amat tidak logik dan kemungkinan besar, disebarkan untuk menggambarkan harga tinggi tudung di butik eksklusif Fareeda sahaja.

Oleh: REM RAMZI
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!