Sebelum ini heboh mengatakan pelakon Diana Danielle berasa sedikit cemburu dengan keakraban aktres gandingan suaminya, Farid Kamil dalam Pengantin Malam iaitu Nora Danish.
Perkara itu kecoh dan menjadi perbualan hangat di laman Instagram baru-baru ini.
Kalau dah berlaku perkara macam ini, pastinya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pelakon wanita yang bakal bergandingan dengan Farid di masa hadapan.
Maya Karin salah seorang pelakon yang dalam jangka masa terdekat ini terlibat dengan promosi filem Lagenda Budak Setan 3 di mana dia perlu turun mempromosikan filem tersebut kepada peminat filem tempatan.
Mengulas mengenai tidakkah dia takut sekiranya beraksi terlampau mesra dengan hero filemnya, ini jawab Maya, “saya rasa saya tak pernah melangkaui batas, of course saya ada pegang-pegang hero saya jadi saya takkan tiba-tiba rasa bersalah atau segan dan saya takkan rasa takut”.
“Ianya semua dilakukan atas dasar kerja, depends on sejauh mana keakraban saya dengan pelakon itu, semuanya terletak atas batas dan niat, so saya tak takut kalau ditegur,” katanya memetik Ohbulan.
Tu dia jawapan Maya, penulis rasanya Diana pun profesional dalam hal-hal sebegini tapi mungkin adalah sebab-sebabnya ‘mengamuk’ haritu ataupun mungkinkah perkara itu cuma gimik untuk membantu melariskan jualan filem Pengantin Malam yang dilakonkan suaminya sendiri? Entahlahhh..
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment